Semangat baru... Entry Pertama...selepas....

by profnotetree | 2:32 PM in |

Share

 Salam Seantero MALAYSIA...salam yang harap disambut pada semua blogger dan follower....

Seingat haku dah 4 bulan aku tak menyentuh blog Profnotetree ni...mesti ramai yang ingat blog ni dah terkubur...
maaf saya ucapkan kepada Seantero Malaysia kerana kesulitan yang dihadapi selama penantian entry baru dari Prof...Tidak Prof nafikan kesibukan dalam usaha menamatkan dunia belajar serta memulakan dunia pekerjaan membuatkan Prof lupa menUpdate blog ini sehingga ia usang umpama rumah tinggal.....

memandangkan ini post pertama Prof pada tahun ini, rasanya tak salah kalu Prof ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua follower dan blogger yang menjadi pembaca setia prof...Uikh rasa macam buang tebiat tapi tetap mahu ucap...pedulik...

Dulu lain sekarang lain...dulu belajar sebab kurang hajar..sekarang bekerja sebab terlebih belajar...dulu masa belajar nak kerja...sekarang masa kerja nak belajar...rindu pada semua kenangan...teringat ketika mula2 menjadi Presiden PPSM...Ponteng kelas, Hisap rokok kat Tandas Fakulti dan bilik lecture, ngorat awek kat tepi padang, belasah budak skema sebab kantoikan kami hisap rokok kat kolej, becinta dan berpisah, dan ....dan...dan sebenarnya (ewah termasuk lagu yuna plak)...pelik sungguh kenapa banyak benda b\jahat dai benda baik yang haku buat dulu..tapi itulah kenangan yang takkan dilupakan...




aku bukan nak membebel banyak..tapi aku cuma nak semua orang hargai zaman belajar..zaman untuk korang lihat dan rasa kemeriahaanya...ramai orang kata zaman remaja datang sekali seumur hidup...dan ada orang kata zaman  dewasa itu penuh pancaroba...namun bagi aku zaman remaja adalah platform terbaik untuk matangkan diri...lihat dunia..kerana sifat ingin tahu itu banyak bermula dari zaman ini.....

kini haku sudah dewasa...tapi adakah dewasa ini mematangkan aku atau dewasa itu berlaku hanya kerana umurku meningkat sahaja...teringat aku pada satu pepatah omputih yang berbunyi begini.." GROWING UP IS A MUST, GROWING MATURE IS AN OPTION"....

apa azam aku tahun ini adalah untuk bina keyakinan dan membaiki kepincangan dalam diri...Aku berharap sokongan pada entry pertama aku dan entry2 yang akan datang...

baiklah..aku ingin akhiri entry pertama aku ini dengan satu video klip yang buat aku bangun dari lamunan...
ingatlah  sahabat jangan sesali setiap apa yang berlaku kerana sehingga hembusan nafas yang terakhir kita jgn jalan berundur...




aku hanyalah Prof yang mencari ketenangan dalam penulis ikhlas luahan hati.

0 comments:

Bookmark and Share

Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License