Terima Kasih Tan Sri...

by profnotetree | 1:45 AM in |

Share

Istimewa Untuk Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary



        

                Saya rasa, saya tidak perlu memperkenalkan siapa beliau..tokoh Maal Hijrah 2008 ( klau tak silap haku) ini merupakan Bumiputra terkaya di Malaysia..ranking ini hanyalah untuk Bumiputra yang telah mengisytiharkan harta mereka..(hehehehe...paham2 pada sapa yang  terasa)...Saya (ehem bahasa skema beb) bukanlah ingin menceritakan tentang kekayaan beliau..saya tidak mahu menyatakan yang harta beliau berjumlah lebih dari 2 BILLION...mahupun memartikelkan tentang hebatnya peniagaan pengangkutan perkapalan beliau..mahupun apa sahaja segala harta yang beliau miliki...tapi saya mahu berkongsi bakti beliau membantu bangsa dan agama...

                 Prof (tukar nama prof plak..rindu nak pakai nama ni) masih ingat ketika prof di tingkatan 4 dan 5...prof sememangnya tergolong dari golongan yang bijak lagi pandai.. termasuk comel..hemsem dan bergaya (maaf terlebih sudey)...Prof telah dipaksa mengambil aliran sains tulen walaupun Prof impikan aliran sastera maklumlah Prof memang dilahirkan mempunyai bakat seni halus yang tinggi..masuk belajar di aliran  sains ni..juga bermaksud Prof akan di golongkan selaku golongan nerd ...please refer figure 1.1
figure 1.1

Masuk aliran sains ni banyak duit nak kena pakai...sebab buku dia mahal bebenor (prof mula menukar gaya bahasa)..jenuh juga dulu Prof membuat financial planning untuk menbudgetkan duit yang diberi bapa tercinta untuk membeli buku rujukan..sebab tanpa buku rujukan kita tak leh merujuk..hehehehe...dan pada ketika inilah bantuan sampai..lega apabila YAYASAN AL-BUKHARY menyalurkan bantuan buku rujukan dengan kelas tuisyen percuma kepada pelajar di sekolah Prof...bukan itu saja..malahan bantuan makanan juga diberikan untuk menyihatkan lagi tubuh Prof menhadapi rintangan selaku pelajar berjaya dan tampam..


Situasi ini ibarat pasukan ZETS ( penyelamat dalam citer otomen) yang sedang kekusutan melawan raksasa hodoh dan tiba2 otomen datang membantu (kiasan Prof menurut katun peberet anak buah Prof)...dengan bantuan Yayasan Tan Sri ..Prof dan rakan2 berjaya dalam peperiksaan SPM...(walaupun Prof mendapat 7 bagi semua mata pelajaran sains tulen..sebab amik makanan n buku...tapi tuisyen pree tak pergi pun).. 

Kini Prof mendapt berita bahawa Tan Sri ingin membuka sebuah Universiti premier di tempat kelahirannya dan tempat Tan Sri bermain guli dahulu iaitu di Alor Setar Kedah..pembukaan universiti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemapuan menyambung pelajaran mereka di peringkat menara gading..Prof menyokong niat suci Tan Sri dan percaya inilah langkah yang seharusnya di ambil oleh semua golongan hartawan dan jutawan...Prof percaya niatnya suci untuk membantu bangsa kita...




Kini kegiatan mencari logo University premier ini sedang hangat dilakukan...selain itu kerjasama dan persetujuan satu lagi Universiti ulung dalam negara kita iaitu USM untuk mmbangunkan projek MEGA ini sedang berjalan dengan lancar apabila termetarinya MoU dari dua pihak tersebut..  3 program awal di pertaruhkan dan salah satu program tersebut ialah program bisness... dan Prof percaya Malaysia bakal melahirkan lebih ramai perniaga berjaya seperti Tan Sri di masa akan datang...


Bangga Prof apabila masih ada orang yang selesa di atas sanggup melihat dan membantu anak bangsa yang terhimpit di bawah..lebih2 lagi kaum bumiputera...syabas TAN SRI..jasamu akan ku kenang..dan apa yang Prof dapat kini adalah dari Tan Sri juga..akhirnya Prof dapat belajar di bidang sastera iaitu ilmu perniagaan..sayangnya kalaulah dulu rof mengambil serius kelas tuisyen yang diberikan pasti kini Prof bergelar pakar saklt tuan atau puan...kalau tidakpun seorang doktor gigi atau pakar farmasi..

terima kasih dan selamat maju jaya dari Prof untuk Tan Sri...Semoga impian dan perancangan Tan Sri di makbulkan Tuhan..AMINN ..

~Aku hanyalah insan biasa yang mencari ilmu tulen dalam menjadi Prof Sejati~


1 comments:

  1. Anem Arnamee on October 21, 2010 at 5:03 PM

    Salam:)

    tan sri ni memang sgt wajar dikagumi:)

     
Bookmark and Share

Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License