Anda berbakat..?? apalagi.. jom bikin bingit..!!

by profnotetree | 4:16 AM in |

Share

 Clash Of The Band let's rock beybeh..!!


Salam seantero malaysia... sekali lagi.. 
sudah agak lama tidak menulis dan melaungkan salam seantero kepada semua.. Ramai yang beranggapan bahawa trend seantero Malaysia ini hampir pupus.. adeh... busy tahap gaban beb..!! Sebenarnya ini adalah entry yang pertama selama dua bulan blog ini terbengkalai.. bukan kerana give up didalam dunia blog, cuma sedang menyusun beberapa project untuk dilancarkan tidak lama lagi.. nantikan ya..!!

Entry ringkas ini adalah bertujuan untuk mempromosikan satu pertandinagan battle of the band sempena hari belia negara pada bulan Mei ini.. project ini adalah project yang dianjurkan oleh kementerian Belia dan Sukan khas untuk belia-beli kita yang mempunyai band tidak kiralah yang bergenre indi, rock, dan sebagainya untuk test power di hadapan beribu-ribu belia dan pemimpin kita..

Kepada sesiapa yang berminat untuk sertai pertandingan ini anda haruslah memenuhi semua syarat-syarat yang disediakan seperti dibawah..
   
  •  Pertandingan terbuka kepada kumpulan professional atau amatur yang dianggotai oleh warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 30 tahun                                                                                                                                                                 
  • Peserta bagi setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 6 orang dan 2 orang pemuzik simpanan. Borang penyertaan hendaklah ditandatangani oleh ketua kumpulan dengan disertakan salinan kad pengenalan dan gambar kumpulan berukuran poskad                             
  •  Setiap anggota yang membuat persembahan hendaklah menampilkan imej yang bersih dan mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata.
  • Alatan muzik kecuali drum hendaklah dibawa sendiri oleh setiap pemuzik. Persembahan setiap kumpulan diperuntukkan selama 8 minit dan tidak melebihi 10 minit.
  • Pihak penganjur berhak menyingkir mana-mana individu yang melanggar syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan atau menimbulkan sebarang kekacauan sehingga menggangu perjalanan pertandingan.                                                                                
  •  Persembahan akan diadili oleh 3 orang pengadil professional dan keputusan pengadil adalah muktamad.
  • Lagu yang dipersembahkan hedaklah mempunyai lirik yang sopan dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
  •  Lagu-lagu berentak Metal, Black Metal dan Trash adalah tidak dibenarkan
  • Setiap kumpulan perlu mempersembahkan 2 buah lagu tidak melebihi 10 minit:

-Lagu bervokal (Bahasa Malaysia-Wajib)
-Lagu bervokal (lain-lain bahasa-pilihan)

  • Yuran penyertaan sebanyak RM50 mestilah di bayar pada hari pertandingan
  • Yuran yang telah dibayar tidak akan di kembalikan sekiranya kumpulan menarik diri dari pertandingan.
 Syarat-syarat diatas adalah syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.. dan kepada belia-belia kita yang mempunyai kumpulan muzik atau band jangan sia-siakan peluang ini kerana hadiah wang tunai dan sijil pengharagaan dari kementerian belia dan sukan akan deberiakan.. tarikh dan tempat adalah seperti yang tertera di banner diatas..

Pertandingan ini penting untuk tujuan kementerian bagi menilai sejauh mana bakat dan cita rasa muzik belia kita agar kementerian paham dan rasa lebih rapat di jiwa belia.. so pada sesiapa yang berbakat.. mari tunjukkan kehebatan bermain muzik anda... sebarang pertanyaan boleh hubunggi induvidu dibawah..

0123574563      Amin
    0122700150      sabrina 

sampai disini sahaja pertemuan kita pada kali ini.. insyaallah.. dalam beberapa detik lagi blog ini akan bernafas seperti dulu dengan post2 yang lebih menarik untuk santapan anda.. selamat maju jaya kepada semua warga blogger malaysia... dan Salam seantero Malaysia..


 

0 comments:

Bookmark and Share

Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License