Rahsia nombor ekor...!!

by profnotetree | 6:42 AM in |

Share

Oh lottery kau trend sepanjang zaman..!!

Salam seantero Malaysia... sudah agak lama saya tidak menulis entry baru... alhamdulillah akhirnya dapat juga saya mengupdate blog ini untuk santapan anda semua.. oleh kerana kerjaya dan masa depan.. saya meletakkan kepentingan blog menjadi nombor dua.. ^_^  selepas ini saya akan pastikan blog ini terus bernyawa...  saya amat berterima kasih kepada kipas susah mati profnoteree yang banyak memberi sumbangan dan sokongan. selama ini, dan untuk pengetahuan anda semua.. kami telahpun  berumur 2 bulan pada 5 haribulan lepas alhamdulillah.... 

Baiklah.. berbalik pada isu asal.. kali ini saya ingin membuat review tentang trend yang boleh dikatakan lapuk namun juga trend sepanjang zaman yang diamalkan oleh segelintir rakyat Malaysia yang digelar tahi judi..!!   Nombor ekor atau dalam bahasa international lottery sudah sinonim dalam masyarakat majmuk dimalaysia.. ya Malaysia memang negara majmuk.. lihat sajalah kedai nombor penuh dengan masyarakat berbilang kaum..!! entri ini ditulis bukan bertujuan unuk mengajar anda untuk berjudi.. tetapi bertujuan untuk memberi pendedahan supaya kita tidak terjebak didalam kancah durjana ini...


Wahai kaki nombor insaflah...!!!

Sedarkah kita bahawa bahana berjudi ini boleh memudaratkan... ianya satu pembaziran sesuatu yang berdosa bagi umat islam.. tetapi pelik melihat tahi-tahi judi ini tidak pernah rasa kesal dan sedar.. siapa yang harus dipersalahkan..?? nak salahkan kedai ekor.. dah sah-sahlah kerajaan bagi lesen..  nak salahkan kerajaan.. hurm.. kita sapa nak ajar mereka.. silap-silap masuk ISA.. 

Masalahnya disini.. adalah tertumpu kepada mereka yang beragama islam dan berbangsa melayu.. dari bapak ke anak.. kaki nombor..!! dan yang amat menyedihkan ada juga yang berkopiah dan bertitle pak haji.. wahai kaki nombor sekalian... sudah-sudahlah.. duit yang dilaburkan ke jalan neraka itu adalah lebih baik kalau dilaburkan didalam amanah saham.. kan lagi baik.. 

Adakah trend nombor ekor ini dah tidak boleh dibanteras..??  kalau main nombor sahaja masih boleh diterima.. namun nombor ekor ini boleh mendorong kepada amalan syirik..!!macam mana boleh syirik pulak eh..?? mana tidaknya kalau dah memuja hantu kubur dan tok bomoh temberang untuk mintak nombor.. dah kira menduakan tuhan lah... memang anda boleh cakap itu antara kamu dengan tuhan.. kubur lain-lain.. ya.. memang.. betul... tapi pernahkah anda fikir.. anda membawa maruah bangsa dan agama anda didalam kubur itu nanti..??  kerana kau seorang satu bangsa jadi mangsa.. sigh~..!!

Sampai bila.. ??
Isu ini sudah sekian lama menjadi satu question mark?? oleh induvidu yang bertanggungjawab..  namun tidak sesiapapun yang memandang serius isu ini..  kalau dibiarkan ianya berlarutan.. maka lahirlah generasi yang jahil.. mana tidaknya.. kalau mak bapak mereka membesarkan mereka dengan duit haram... dan akhirnya jadi darah daging meraka..

Tidak dinafikan sektor perjudian adalah antara penyumbang terbesar dalam ekonomi negara.. hurm.. sampai bila ya..??  ini adalah satu dilema yang kita harus tangani.. kerajaan terpaksa menyediakan pusat judi untuk yang bukan beragama islam.. namun yang islam harus pikir lah diri itu islam...  malulah sikit pada bangsa lain.. anak-anak dan bangsa mu sendiri.. 

Pada pihak berwajib pula jangan setakat pantau sahaja.. setakat signboard larangan untuk umat islam sahaja tidak mencukupi.. janganlah luluskan semua lesen-lesen perjudian sewenang-wenangnya..  cukuplah sekadar menampung untuk yang bukan islam sahaja.. nak harapkan jabatan agama islam.. hurm.. berapa keratlah pegawai yang ada... dan nak dibandingkan dengan premis-premis judi yang bersepah-sepah tu.. 

Rasanya masalah ini kalau tidak dibendung secara tegas.. ianya akan menjadi trend durjana rakyat malaysia..  fikir-fikirkanlah.. adakah kita nak terus melihat  anak bangsa kita jadi tahi judi..?? membesar dengan duit haram.?? marilah kita fikir-fikirkan.. bersama ya.. dan kepada yang terasa tu.. saya memohon maaf atas bahasa yang kurang enak didengar..  kalau anda tidak mahu mengubah diri sendiri.. namun fikirkanlah anda perlu berubah untuk  maruah bangsa mu... Salam seantero Malaysia..





7 comments:

  1. cderluck on February 7, 2010 7:47 AM

    wah..bleh email, karam sing walia neh

     
  2. PEJUANG KESENIAN EXTREME on February 7, 2010 9:59 AM

    Karam sing Wali bab hal sekitar da..

    Tapi pasal judi nji memang aku perasan...aku ada perasan syarikat takaful buat pelaburan di Sport toto...

     
  3. profnotetree on February 7, 2010 7:49 PM

    hurm.. xboleh nak elak.. kalau kerajaan sendiri kutip cukai dari pusat judi.. pastu bayar gaji kita.. tapi bagi yang dah au benda tu haram.. janagan la main ye x..??

     
  4. ~0~ on February 8, 2010 11:50 AM

    xdpt pape pun main ekor nie

     
  5. maisyara Pot! Pot! on February 9, 2010 4:27 AM

    hari tu mai ade nmpk sowg atok g kt 4D.. dh tua2 pun tk insaf ke? hahaha.. kubur dh pggl mari tu.. adesh.. nk kaya biar kaya keimanan.. bkn kaya dunia!

     
  6. lily on February 12, 2010 2:35 PM

    dorg just fikir nak hidup senang lenang..judi la jalan mudah bg dorg cepat kaya... tp ada juga yg terus jadi bankrup sbb judi ni....ish...ishhh...ishhh...

     
  7. sudoki on February 23, 2010 8:13 AM

    betul tu

     
Bookmark and Share

Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License