Keep walking..... don't STOP..!!!
Salam seantero malaysia.. salam pada seluruh sahabat-sahabat dan follower kami.. alhamdulilah..segala puji bagi ALLAH kerana belum pun mencecah dua bulan kami sudah mempunyai hampir 200 follower dan terharu juga pada blogger-blogger yang dah lama tapi sudi menjadi follower kami...
Tajuk blog kali ini lebih kepada aspek peribadi...lebih menjurus pada pandangan lensa pancaindera mataku yang telah berkelip lebih dari 22 tahun...aku meniti satu masa kecil yang agak suram.. tiada cahaya kejayaan yang mendekati atau menerangi aku...namun jika kita hampir putus langkah kita berdoa pada yang maha mengetahui lagi maha menyanyangi....
perjalanan hidupku baru bermula sebenarnya..dan aku baru tahu..apa itu maksud khilaf dalam hidup...aku baru tahu bagaimana berjalan sebagai insan..bercakap seperti makhluk yang ada akal...segala masih baru dan aku akan berusaha mencorakkannya kepada keharmonian sejagat..
Aku berjalan dan terus berjalan mencari erti prof sejati..mencari ilmu untuk dikongsi...tatkala aku hampir lena aku di kejutkan dengan suatu suara....suara dari kotak usang yang mampu mengeluarkan bunyi (radio laa)...kotak itu tidak mendendang runut bunyi bingit..namun ia menyampaikan suatu yang aku ingin tahu...aku khayal mendengarnya..impulse dari telingaku menagkap setiap bait-bait kata dari kotak usang itu..
walking... hearing... and learn....!!
Mudah..apa bezanya antara manusia dengan tuhan.. tak perlulah kita mengambil perbezaan yang sudah tersirat kerana semua mengetahuinya..apa yang menarik aku adalah sesuatu yang luar dari penjelmaan cambahan akalku..manusia itu melakukan sesuatu semuanya mempunyai faedah...berbeza dengan tuhan yang tidak rugi atau untung dari apa yang dilakukan untuk manusia...
Biarpun dalam soal beribadat..manusia tetap dahagakan fedah-faedah untuk mereka dan insan yang berkait dengan hidup mereka..kenapa manusia beribadat? semestinya untuk mendapat keredhaan dari tuhan.. namun adakah tuhan akan mendapat apa-apa dari ibadat yang dilakukan manusia? tidak sama sekali..apa yang di maksudkan dengan perkataan MAHA bagi setiap sifat tuhan.
MAHA adalah perkataan agung yang sukar ditafsir tanpa penilaian iman yang kuat..manusia ada yang kaya..tapi adakah mereka MAHA KAYA?..jawapanya pasti tidak ...kerana..tuhan memberi rezeki dan adakah rezeki itu mendatangkan untung pada tuhan??
Jawapannya mudah..sudah tentu tidak sama sekali..adakah apabila tuhan memberi rezeki kepada manusia berlimpah ruah..harta tuhan akan habis atau berkurang..?? semestinya tidak..dan ia juga tidak bertambah...kerana itulah sifat tuhan yang sebenar..MAHA KAYA..namun ada segenlintir manusia yang memberi derma namun menuntut faedah...seperti pahala dari tuhan..semoga dimurahkan rezeki dari tuhan...segalanya ada faedah..tiada yang dilakukan manusia tanpa faedah..
Kotak usang itu terus merunutkan bunyi-bunyian kerohanian..aku terdiam dan berfikir..betapa kecilnya aku disisi tuhan..betapa aku hina disisi tuhan..aku mengejar sesuatu yang pasti tidak akan mengatasi tuhan..mengapa kita berlumba mencari harta dan untuk menjadi yang terkaya sedangkan kita tahu..ranking teratas itu tetap tuhan.,..mengapa kita tidak berkongsi harta yang diberikan ihsan dari tuhan..
Pada manusia seperti aku..yang memahami erti kehidupan..maka bangkit dari tidur dan renungkan bersama injukulasi paradigma diri..bagi mengenang betapa kecilnya kita sebagai makhluk tuhan...entry aku pada kali ini amat ringkas dan padat.namun intipati yang aku cuba jelaskan adalah teras kepada konsep kami iaitu sharing and teaching...we are also learning..
Aku sedang belajar menjadi manusia sebenarnya.. walaupun aku dilahirkan sebagai manusia.. dan aku akan terus belajar.. untuk aku mengisafi diri ini..agar aku dapat melangkah lebih jauh untuk menjadi prof sejati.. Salam seantero malaysia...