Oh..!! baby boomers.. oh gen X oh gen Y...!!

by sazali yusof | 4:05 AM in |

Share


Please stand up.. it's now our turn....!!!

Salam seantero malaysia...  hurm.. sudah hampir seminggu blog ini tidak di update.. maaf semua.. oleh kerana tiada kelapangan.. maka blog ini hampir seminggu tidak bertuan.. okaylah... entry kali ini agak berat sikit dan memerlukan kefahaman yang tinggi untuk difahami.. dan terlebih dahulu saya ingin nyatakan  ini hanya pandangan peribadi saya sahaja...

Tahukah anda bahawa didunia ini terdapat pecahan tiga generasi manusia yang mempunyai zaman dan era yang berbeza..  Tiga generasi tersebut adalah terdiri daripada Baby Boomers.. generation Y dan generation X.. 

Adakah anda paham apakah ketiga-tiga generasi ini..?? okaylah.. baby boomers adalah generasi yang lahir  kira-kira dlam era 60'an dahulu.. dimana terjadinya kelahiran  secara mendadak. Generation Y pula adalah generasi yang lahir selepas baby boomers diantara tahun 80'an hingga akhir 90'an.. manakala generasi X pula adalah generasi yang dilebelkan sebagai Baby millennium dimana mereka lahir-lahir sahaja dah main PSP, X BOX, Internet , dan sebagainya.. 
Papa.. please... trust us..!! 

Sebenarnya, persoalan yang ingin saya sampaikan disini adalah bukan untuk menerangkan apa itu generasi-generasi diatas.. dan jika anda ingin ketahui lebih lanjut anda boleh rujuk di Wikipedia dan google ya... apa yang ingin saya sampaikan adalah.. masalah pertembungan ketiga-tiga generasi ini terhadap persekitaran, gaya hidup dan pemikiran kita..

Sedarkah anda bahawa dunia kini dikuasai oleh boomers,.. dimana mereka tidak mahu mempercayai dan meletakkan generasi muda didalam apa sahaja pentadbiran, prinsip. dan pengurusan. Contohnya.. anda bekerja disebuah syarikat developer.. anda mempunyai proposal dan idea yang bernas untuk meningkatkan profit syarikat.. namun oleh kerana pengurusan tertinggi syarikat adalah boomers.. proposal anda itu hanya menjadi lapik meja kerana mereka mengangap anda sebagai memandai-mandai sahaja....

Saya akui golongan boomers adalah generasi yang mempunyai pengalaman yang hebat.. namun adakalanya mereka perlu mendengar pandangan dari anak kecil.. seperti kisah hang nadim lah... pucuk yang baru nak bertunas.. jangan dicantas daunnya.. Namun apa yang terjadi sekarang.. tidak kiralah didalam kepimpinan kerajaan mahupun syarikat.. golongan boomers ini telah menyebabkan berlakunya pembziran ilmu dan bakat muda dek kerana kuasa dan pangkat..

Seharusnya pemimpin dari generasi ini harus mempertimbangkan apa sahaja pandangan dan suara generasi muda... dan sebaiknya mereka menggunakan kelebihan kedua-dua generasi untuk mencapai kemajuan bersama.. gunakanlah konsep Mentor dan Mentee...  boomers sebagai Mentor dan generasi baru sebagai Mentee.. barulah pengalaman mantap generasi boomers dan idea bijak generasi muda bergabung untuk mewujudkan satu keputusan yang hebat dan boomers disanjunggi.. yang muda dipercayai..

Apa yang saya nyatakan diatas bukanlah untuk memburukkan mana-mana generasi.. namun.. dari sudut pandangan saya.. sudah tiba masanya generasi boomers memberi kepercayaan kepada generasai X dan Y untuk membuat keputusan.. boomers harus bersedia untuk berundur.. masa anda telah tamat.. dan generasi baru harus bersedia membuktikan kepada generasi boomers yang anda juga mampu buat yang lebih baik dari mereka...

Saya akui generasi boomers adalah generasi yang hebat. mereka mampu hidup dalam keadaan sukar dan mencapai kejayaan dalam keadaan serba kekurangan.. mana datangnya kita kalau bukan dari boomers.. mana datangnya komputer kalau bukan boomers yang menggunakan mesin taip dahulu..

Namun dunia semakin berubah... globalisasi mengajar anak muda berfikir.. sedarlah boomers.. generasi anda telah tamat.. apa yang ada lakukan adalah bersesuaian pada zaman anda sahaja.. kini zaman modern hasil dari ciptaan anda sendiri.. mengapa perlu menidakkannya.. berilah peluang kepada anak-anak muda yang fresh dan bersemangat ini  untuk membuat keputusan.. bukan bermaksud untuk  melupakan jasa-jasa anda.. cuma waktu memisahakan dunia kita...

Apa yang saya nyatakan diatas bukanlah untuk bersikap biadap terhadap generasi boomers.. namun ini hanya untuk membuka mata mereka supaya nampak apa yang anak muda fikirkan.. dan jangan hanya pandai menuduh generasi muda tidak pandai mentafsir maklumat.. bukan kerana tidak pandai.. cuma tidak diberi peluang.. 



Apapun.. yang muda harusah menghormati yang tua dan yang tua harus mempercayai yang muda.. boomers... generasimu membentuk generasiku... jasa-jasamu tidak ada tolok bandingnya.. namun zamanmu telah tamat.. berehatlah.. beri kami peluang.. Salam Seantero Malaysia..!!






18 comments:

  1. Mimi Dyana on January 23, 2010 at 4:17 PM

    biasenye istilah ni berkaitan dgn konsep marketing. org marketing ke?

     
  2. profnotetree on January 23, 2010 at 4:31 PM

    hurm.. bendani bukan erjadi kat business je.. dalam sesebuah organisasi pun terjadi..

    tq mimi.. yup..but in property..

     
  3. Afiqah Azmee on January 23, 2010 at 7:51 PM

    pemikiran yang terbaik.. interesting article tho.. :) keep it up.

     
  4. profnotetree on January 23, 2010 at 8:06 PM

    tq miss lula.. kami akan sentiasa barikan yang erbaik untuk anda semua..

     
  5. zuwairiaiman on January 23, 2010 at 9:38 PM

    gen2 aku kenal la hehehe

     
  6. profnotetree on January 23, 2010 at 9:42 PM

    haha.. ye..saudara zuwairiaiman gen2 dipandu oleh generasi Y dan X.. saga untuk baby boomers.. lol

     
  7. N on January 23, 2010 at 10:04 PM

    Walaweyh.Aku suka entri ni.God info

    thumb up

    Undi saya anda dapat seribu


    Kiri kana

     
  8. Asfan Ash on January 24, 2010 at 12:04 AM

    aku lahir '89 tapi maen je sume bende tu?hak3

     
  9. Anonymous on January 24, 2010 at 12:09 AM

    sbnr yea mai agk tk bape phm ar dgn entry ney.. bby boomers tu mksud yea ape??? sowie.. mls nk bka kamus.. ngee ^^

     
  10. profnotetree on January 24, 2010 at 2:37 AM

    hye smua.. thanx.. huhu.. bro ARC gua pon main gak.. tapi time kita lahir.. mana ad bnda tu.. game pon gne tape.. bdk2 skarg untung lahir2 da ada macm2..

    hai mai.. boomers tu generasi yang lahir dalam era perang dunia pertama dan kedua.. kira skarang mereka berumur 60tahun keatas.. mia generasi X and adik2 mai yang baru lahirni generasi Y.. pasni z.. pastu Z kuasa du kot hohoho..

     
  11. Anonymous on January 24, 2010 at 4:31 PM

    kire yea mai zaman perang ar ney.. hoho.. perang2 pown perang ar, jnji mai mse kecik2 dpt pegang gameboy! hohoho.. xD

     
  12. miss lolly a.k.a luvfareda on January 24, 2010 at 9:35 PM

    ENTRI YG BAGUSH.

    :)

     
  13. profnotetree on January 24, 2010 at 9:45 PM

    haha.. tq mi.. tq mish lolly... =)

     
  14. Rock on January 26, 2010 at 7:24 AM

    Nice post friend...

     
  15. CITY® on January 26, 2010 at 1:16 PM

    heeeeeeeeeeee

    tq sharing info nih
    siapa yg wat kajian ni
    saintis mana ya

    hmmmmmmmm
    menarik gak tapi
    heeeeeee

     
  16. profnotetree on January 26, 2010 at 5:40 PM

    hye bluecity.. tq.. hurm ni kajian saya sendiri dan pandanagn peribadi yang diperolehi dari persekitaran saya... huhu.. nantikan sambunganya di post akan datang ye... ni x citer habis g nih

     
  17. farhana on January 26, 2010 at 9:52 PM

    Majulah gen Y untk gen2 yg seterusnya :)

     
  18. profnotetree on January 27, 2010 at 8:58 PM

    generasi y bakal mengantikan generasi x dan pandangan ini hanyalah satu persepsi peribadi dari kami

     
Bookmark and Share

Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License