Hikayat laksamana licik memberi teladan
Alkisah... pada zaman kerajan melayu riau di tanah yang bergelar temasik atau kini bergelar singapura telah lahirlah seorang anak kecil yang bijaksana yang diberi nama Hang nadim. Hang nadim adalah seorang lagenda yang telah menyelamatkan singapura dari serangan todak yang dasyat ketika era pemerintahan paduka sri maharaja yang cetek akalnya...
Dalam kisah Hang Nadim ini anak licik yang pintar itu telah memberikan satu idea licik agar menggunakan batang pisang menggantikan tubuh manusia untuk menangkis serangan todak di Singapura.. akan tetapi anak muda itu akhirnya dibunuh!! Dibunuh kerana kebijaksanaannya...
Persoalannya mengapa Hang nadim dibunuh?? Hang nadim dibunuh kerana kebijaksanaanya diragui akan merampas tahkta sultan pada satu hari nanti. Entry pada kali ini bukan hendak menceritakan kisah si Hang nadim, tetapi mahu mengambil ikhtibar dan pengajaran kepada sesetengah golongan yang berkuasa pada zaman sekarang yang hampir mempunyai mempunyai persamaan kisah hang nadim itu tadi...
orang kata pucuk yang baru nak bertunas jangan dicantas akarnya... dalam situasi sekarang kita boleh lihat dengan jelas apa yang terjadi pada belia dan mahasiswa kita yang diikat dan dirantai agar tidak memandai-mandai menyuarakan pendapat. Kepimpinan yang di pimpin oleh golongan baby boomers mempunyai jurang yang amat jauh dengan pemikiran anak-anak muda sekarang.. mengapa belia kita tidak mempunyai hak untuk bersuara dan membuat keputusan??
Adakalanya pemikiran anak kecil juga harus dipertimbangkan, mungkin anak kecil itu mempunyai idea yang lebih bernas dari orang dewasa... akan tetapi belia kita kini senasib dengan kisah hang nadim.. kebijaksanaan yang ada disalah erti oleh golongan atasan maka jka mereka memandai-mandai buruk padahnya. Belia kita sekarang takut menjadi nasib seperti hang nadim.. takut kebijaksanaan disalah erti dan akhirnya memakan diri.. Oleh itu mereka lebih rela berdiam diri dari menyuarakan sesuatu sedangkan mereka sedar bahawa idea dan suara mereka lebih bagus dari yang pemimpin mereka sendiri..
Zaman sekarang sesiapa yang mempunyai kroni dan wang dialah yang berkuasa.. bukan mahu menuduh mana-mana pihak. Akan tetapi berasa sedih apabila belia kita di cop sebagai golongan yang tidak pandai mentafsir maklumat oleh sesetengah pihak.. Benarkah belia tidak pandai mentafsir maklumat?? atau belia dihalang dan disumbat mulutnya dari memberi pendapat sedangkan pendapat mereka lebih bernas dan dari golongan atasan atau BOOMERS...
Senario ini bukan sahaja terjadi pada suasana kepimpinan poltik sahaja, malah juga terjadi di dalam kepimpinan mana-mana persatuan dan organisasi tertentu.. Adakah mahu dibiarkan sahaja kebijaksanaan seseorang itu dibunuh kerana Agenda dan kepentingan atau self benafit seseorang...???
Persoalan ini berlegar-legar difikiran belia, diamana mereka mempersoalkan Sampai bila generasi boomers sahaja yang boleh membuat keputusan?? mengapa kebebasan suara golongan muda disekat sedangkan apa yang mereka keutarakan adalah benar dan bernas..
Contohnya, Mahasiswa kita tidak dibenarkan menceburi politik kerana terperangkap oleh satu perundangan iaitu akta AUKU 1971dimana ianya menghalang pelajar di mana-mana universiti dari menceburi bidang politik. Adakah suara mahasiswa yang bijak pandai ini harus ditutup agar kepentingan politik generasi boomers tidak tergugat??
Contoh lain seperti sesebuah persatuan.. dalam pendaftaran ROS dan ROY perlembagaan adalah bercanggah.. ROY adalah akta baru yang memperuntukan jawatan dimana-mana persatuan belia hanya boleh dipegang sehingga berumur 40 tahun sahaja, maka yang berumur lebih daripada itu harus mengundurkan diri setelah mencapai umur 40 tahun..
Akan tetapi wujud satu diskriminasi yang menghalang generasi muda dari memegang pucuk kepimpinan, maka wujudlah dua pendaftaran dimana satu pendaftaran ROS yang dipegang kepimpinanya oleh BOOmers dan pendaftaran ROY yang masih dipaksa menerima perintah dan telunjuk dari golongan BOOMERS...
Kesimpulannya... peringatan kepada anda semua.. janganlah mengikut jejak Hang Nadim.. bijaksana tetapi terbunuh.. kerana kepintaranya... tetapi kita harus mengikut jejak Anak pak Belalang yang bijak dan akhirnya menjadi Bentara negara..
Walaupun kita disekat dari bersuara dan membuat keputusan tetapi kita harus buktikan bahawa golongan generasi X juga mampu membuat keputusan dan pandai mentafsir maklumat.. jangan biarkan diri kita diperlakukan seperti hang Nadim..
Salam seantero Malaysia... Sekian
Walaupun kita disekat dari bersuara dan membuat keputusan tetapi kita harus buktikan bahawa golongan generasi X juga mampu membuat keputusan dan pandai mentafsir maklumat.. jangan biarkan diri kita diperlakukan seperti hang Nadim..
Salam seantero Malaysia... Sekian