Allah only for Muslim... don't dare to touch it..!!
Salam seantero malaysia.... Dimulakan dengan lafaz bismillah.. post kali ini adalah agak berat untuk diterbitkan.. namun demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air akhirnya pihak kami memutuskan untuk menerbitkan artikel ini..
Tahun 2010 baru sahaja bermula.. namun tirai 2010 digemparkan dengan satu isu yang tidak sepatutnya timbul di negara yang berbilang kaum dan mempunyai masyarakat majmuk yang sepatutnya jitu tanpa perselisihan paham selama ini..
Namun baru-baru ini telah digemparkan tentang keputusan mahkamah tinggi persekutuan membenarkan penggunaan nama ALLAH oleh akhbar gereja herald dalam terbitan bahasa melayu mereka.. Isunya, mengapa kata ganti nama tuhan atau Lord untuk penganut agama Kristian ditukar dengan menggunakan nama Allah dalam terbitan bahasa melayu mereka..??
Ini adalah satu isu yang sangat sensetif.. Kenapa ini berlaku..?? saya bukanlah pandai sangat dalam bab-bab agama.. namun bila agama dan nama tuhan kita dipermainkan maka ianya perlu dipertahankan sekeras-kerasnya. Isu ini adalah satu benda yang boleh menimbulkan api kemarahan umat islam dan orang melayu khususnya..
Pihak gereja tidak sepatutnya menggunakan nama Allah dalam dakyah mereka.. nama Allah itu hanya hak mutlak orang islam dan jika ianya digunakan maka hal ini boleh mengelirukan dan menyesatkan orang islam.. didalam kitab bible juga tiada penggunaan nama Allah.. mereka hanya menggunakan perkataan Lord, father atau god.. dan ianya telah disahkan oleh mufti wilayah persekutuan dalam wawancara bersama mufti tentang isu ini..
Persoalannya disini.. mengapa akhbar herald menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan dalam terbitan bahasa melayu mereka..?? ini menunjukkan mereka cuba menggunakan helah yang sangat halus untuk menyesatkan orang melayu yang sememangnya beragama islam..Mengapa akhbar itu dicetak dalam bahasa melayu..?? dan mengapa nama Allah itu digunakan dalam terbitan bahasa melayu sahaja.. sedangkan dalam apa agama sekalipun bahasa tidak perlu mengubah nama tuhan.. maka nampak sangatlah mereka cuba menggunakan dakyah seperti ini untuk menyesatkan umat islam...
Mengapa isu ini disentuh..?? semua ini telah termaktub didalam perlembagaan persekutuan , dan keputusan mahkamah oleh hakim Yang Arif Hakim Datuk Lau Bee Lan adalah antara satu keputusan yang telah mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam.. hakim itu sendiri adalah bukan orang islam.. mengapa perlu menggunakan hakim bukan islam dlam isu-isu agama..?? bukankah bertambah sesat jadinnya..
Bukan bermaksud saya ingin menghina keputusan mahkamah.. namun jika perkara ini dibiarkan ianya boleh menumbulkan suasan huru-hara diantara penganut agama islam dan Kristian di negara ini... mereka tidak sepatutnya menyentuh hak orang islam.. Lupakah mereka tentang rukun negara pertama dan ketiga..??
Kepercayaan kepada tuhan dan keluhuran perlembagaan. isu-isu mengenai agama islam tidak boleh dipertikaikan dan kepercayaan kepada tuhan.. menunjukkan kebebasan beragama tetapi agama islam sebagi agama rasmi dan tidak boleh dipertikaikan.. Isu ini adalah satu penghinaan bagi orang islam.. lihatlah apa yang terjadi di ibu kota semalam.. tiga gereja telah dibakar.. siapa yang perlu dipersalahkan dan Siapa yang mulakan..?? kalau tiada angin maka tiada pokok bergoyang..
Inilah salah satu sebab mengapa semua pihak perlu mendalami perlembagaan malaysia.. dan jangan sewenang-wenagnya mereka menyentuh sensitivity agama dan kaum.. Oleh itu entry kali ini ingin menyeru warga bloger-bloger malaysia menyertai petisyen bantahan penggunaan nama allah oleh akhbar herard yang telah dianjurkan oleh Majlis Pertubuhan-pertubuhan islam Malysia (MAPIM)
Disini kita perlu menggunakan saluran yang betul untuk berjuang.. dan bukan menggunakan cara zaman jahilliah untuk protes sesuatu benda.. Kepada rakan-rakan bloger yang beragama islam mahupun bukan islam.. demi kepentinggan agama dan keharmonian negara.. mari kita bersama-sama menyertai petisyen bantahan penggunaan nama Allah oleh gereja herald..
Ini adalah kepentinggan kita bersama demi menjaga keamanan sejagat yang terjalin erat selama ini.. marilah kita menyokong kempen bantahan yang dianjurkan oleh MAPIM ini.. jika iklan nuffnang anda boleh letak... kenapa tidak ini..?? hurm.. fikir-fikirkan lah demi agama bangsa dan tanah air..
Copy paste code ini di blog anda
Saya hanya menyampaikan apa yang saya rasa perlu.. jika anda semua juga rasa begitu.. bersama-samalah kita berjuang dengan menggunakan saluran yang betul ini.. dan jangganlah kita melakukan perkara yang makin mengeruhkan keadaan.. Saya hanya insan yang kudus.. berfikir demi Agama bangsa dan tanah air ku.. salam seantero malaysia..!!