student who lead the world
PTPTN adalah wang pinjaman yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan study untuk pelajar-pelajar universiti awam dan swasta...slalunya bebudak di ipta dapat j duit PTPTN mesti dorang dah wat macam-macam financial planning...
Prof sampai naik takut tengok planning diorang..ada yang sampai mencapai perbelanjaan defisit...awal semester punya perancangan baik punya..tapi biasa hujung-hujung semester tetap tak cukup duit...kalau awal semester hari-hari makan kedai...hujung semester hari-hari pergi kedai...beli maggi...makanan ruji student di universiti dan universitas..hehehehe....
Apa yang depa ni slalu wat bila dapat duit PTPTN???
Benda yang pertama slalu aku dengar apa yang dorang nak beli masa dapat duit PTPTN adalah laptop...laptop kira penting juga untuk buat assignment, online cari maklumat, buka muka buku, dan berblogging macam prof ni..biasa r student..
laptop slalu yang nampak kat universiti ni biasanya datang dari jenama acer dan compaq..memang common bebenor jenama ni..sampai banyak sangat kes hilang laptop...huhuhu..klu ditanya j hilang laptop pe..mesti dorang kata acer or compaq....biasa r..itu j yang student mampu
Nombor dua yang selalu ada dalam planning depa ni mesti nak beli handphone...siswa mahupun siswi pasti meletakkan pembelian telefon bimbit ni sebagai satu kemestian pada setiap awal semester..dah jadi trend tukar dan tayang handphone baru pada setiap semester...
kalau dulu handphone satu pilihan namun kini handphone dah menjadi barang keperluan pelajar..yelah nak buat telefon atau sms lecture, classmate, housemate, soulmate dan newmate..hehehehe...klau kita tengok skrang ada student yang boleh hilang akal kalau tak ada handphone....bila dah beli handphone bertambah lagilah budget nak tambah nilai kredit...hehehehe
Benda nombor tiga dalam PTPTN budget planning dorang mesti nak pergi holiday...tak kisah r nak pegi dengan siapa pun..awek..pakwe..kawan atau ada yang pergi dengan skandal...hehehhe..
alasan kenapa nak pergi holiday mesti sebab nak enjoy dulu before dapat study dengan maksimun pada semester tu....biasanya dorang akan pergi pulau-pulau, waterfall, atau yang paling mewah pergi genting...tapi tak pernah prof dengar dorang nak pergi umrah ke...pergi oversea ke..semuanya dalam negara...oklah meningkatkan pedapatan perlancongan dalam negara..hehehehhe
Ini adalah slalu planning budak-budak dekan r...dapat j duit PTPTN benda pertama yang depa nak beli buku..hish buku punya harga jangan cakap r..tak main harga ringgit-ringgit ni..paling murah RM 50 dan ada yang mencecah ratusan ringgit..tapi demi masa depan yang gemilang, terbilang dan cemerlang maka buku ada benda yang psti akan di beli...
tapi skrang dah advanced beb..ada yang photostap j..walau ianya satu kesalahan tapi nak hidup beb...huhuhu......tapi ada gak yang bukan beli buku ilmiah...ada yang minat novel atau komik tetap letak dalam budget...tu belum kira yang book geek lagi..skali bawa buku ada r 5 atau 6 biji...bayangkan bape dorang spend untuk beli buku-buku ni...
Shopping oh shopping..benda ni paling common skali klau dapat duit PTPTN...aku yakin benda ni dorang letak paling atas skali dalam list..macam-macam yang dorang nak beli..barang dapur umah sewa..brang untuk decor bilik, stationery, bajun luar dalam...seluar luar dalam...kasut...hish memang tak tersenarai punya...klau kita tengok culture macam kat UiTM perak..asal sabtu ahad j ipoh tu dah macam bandar student...
klau pergi shopping mall tu..kiri kawan, depan kawan..kanan awek...belakang skandal...huh bersepah-sepah sahabat-sahabat korang kat shopping mall.....then kereta sewa pun penuh...keghairahan membeli membuatkan tokey-tokey kat shopping mall semyum kayo..pakcik kayo kata mereka...hehehe..
Banyak lagi sebenarnya list apa yang student buat dengan duit PTPTN ni tapi cukuplah lima aku senaraikan...tapi kalau korang rasa korang ada habit yang menarik tentang cara nak belanjakan duit PTPTN ni..atau exprience korang sendiri...komen kat blog prof ni..al-maklumlah, kami mencari ilmu sejati..we are teaching and sharing...salam SEANTERO MALAYSIA