kalaulah prof ahli parlimen

by profnotetree | 2:33 AM in |

Share


One seat for me please...!!!


Salam perpaduan salam pertabalan..apa yang ingin di tabalkan...tabalkanlah prof menjadi ahli parlimen..kalaulah prof ahli parlimen...pasti rembesan paradigma itu mencucuk ahli parlimen yang lain.. duduk di atas tiket ahli prlimen bukan duduk untuk mencapai kemewahan dan kesenangan mudah..duduk di atas tiket ahli parlimen biar duduk yang bijaksana mencorak langkah memerah akal...

Berbalik kepada tajuk post ini..
sebenarnya prof ingin mengutarakan pendapat tentang isu hangat iaitu kemalangan bas expres milik Dato Sani yang meragut 10 nyawa manusia..

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku jika letak orang seperti prof di dalam parlimen..hehehhe..satu statement yang agak mencapap dari prof..beginilah manusia..apabila nasi sudah hangit periuk nasi yang disalahkan...kita seharusnya memikirkan cara menangani masalah..bukan obses dengan masalah yang berlaku..prof disini datang dengan pandangan unuk menyelasaikan masalah ini..


Bas dua tingkat..

Pertama sekali adalah masalah bas itu sendiri... di kesilpan syarikat bas adalah kerana terlalu ghairah membuat pembelian bas 2 tingkat yang implikasinya adalah amat negatif bagi keadaan dan suasana jalan raya di malaysia...

Bas 2 tingkat ini tidak sesuai untuk dijadikan bas ekspress kerana perkataan ekspres itu sendiri mengambarkan kelajuan perkhidmatan tersebut... ketidak stabilan bas 2 tingkat ini bisa meranapkan impiam penumpang untuk smpai ke destinasi dan akhirnya berlakulah kejadian seperti bas ekspres sani yang hangat di dada akhbar kini..musibahnya..penumpang derita...pengusaha merana pemberita tertawa kerana ada isu ingin dipebesarkn..



Road divider...

Yang keduanya ialah isu pembahagi jalan yang dikatakan hilang fungsi...umpama absober yang sepatutnya menyerap hentakan namun sebenarnya memberi impak yang memburukkan lagi keadaan...

Tahukah anda penumpang yang mati didalam kemalangan tempoh hari mati umpama dicucuk batang sate... kerana impak dari pembahagi jalan yang menembusi bas tersebut...apabila besi penghadang jalan lebih keras dari badan bas tersebut telah menyebabkan besi menembusi bas dan akhirnya menembusi badan penumpang dan penumpang akhir bisa menebusi ke arah barzakh..maka kematian yang sepatutnya dapat diminimakan namun menjadi lebih buruk dan ngeri...

Mari kita lihat teknologi negara luar dimana besi penghadang dibuat dari logam yanng lembut dan dicampur elemen menyerap hentakan sekaligus mengurangkan kesan kemalangan..logik bukan!!!





Tukar Shift.. pemandu...!!!

Pandangan ketiga prof adalah membina pit stop untuk semua syarikat bas ekspres yang terlibat di hentian rehat lebuhraya utama di malaysia...sistem ini dapat memberi rehat yang cukup pada pemandu..

Maksud prof... adalah... seorang pemandu itu tidak memandu sesuatu trip perjalanan itu hingga ke destinasi... tetapi.. semasa berhenti di pit stop tadi pemandu yang baru dan masih fresh.. yang meneruskan permanduan hingga ke destinasi terakhir.. dan pemandu pertama tadi berehat selama beberapa jam.. untuk menyambung bas dari arah lain.. dan meneruskan perjalanan ke destinasi... yang awal tadi..

Tahukah anda seorang pemandu normal hanya boleh memandu 2 jam sekali pemanduan..rehat yang cukup penting untuk pemanduan selamat...engkau bukan superman..aku bukan batman... tapi bagi supirman (pangilan pemandu di indonesia) mereka tetap insan biasa.. yang ada batasan dan kemampuan yang terhad.. pit stop ini juga amat sesuai dijadikan one stop center untuk semua..pemandu dan penumpang..dan memastikan segala kesulitan dan ketidakstabilan bas dapat dikemakini dan diperbaiki...



everything money..money...money

Pandangan yang terakhir namun bukan bukan penghabisan adalah kadar minima gaji pemandu bas ekspres... tahukah anda kebanyakan pemandu banyak mengejar trip unttuk mendapat gaji lebih bagi menampung peningkatan kadar hidup yang meningkat...

Pemandu juga punya anak..punya bini..punya keluarga dan tanggungjawab...demi mendapat gaji yang banyak..trip harus banyak kerana gaji asas sahaja tidak cukup menampung perbelajaan yang mereka tanggung..terdapt juga pengusaha bas yang memaksa pemandu menigkatkan kadar trip mereka jika tidak mahu gaji dipotong...umpama gajah sarkas yang ingkar tidak diberi makan...menentukan kadar gaji siling yang berpatutan bagi pemandu adalah amat perlu unuk membantu membantu masalah ini...

Pandangan-pandangan prof bukan berunsur provokasi..namun ia adalah intuisi dari hati dan pemikiran yang mahu segala permasalahan di selesaikan..jangan jadikan ia badi pada jalan...obses pada penyelesaian buka pada permasalahan..ingin makan bawang yang sedap..kulit harus dikupas..baru bersih selamat dimakan..

kalaulah prof jadi ahli parlimen..hemm..sayangnya prof hanya ahli kedai parlimen kedai kopi yang mempunyai ijaah dari jalan..bersandar pada pengalaman..menjadi seorang sialan jalanan...namun dek kerana ada akal pemikiran..aku bisa bersuara demi keadilan dan keamanan...


salam sir_musolini






15 comments:

  1. udacun on December 29, 2009 at 2:42 AM

    xtau nak komen ape.. ade betol ade tak....
    sbb ni tugasan pertama... komen la jugee....
    UDA ngah BZ Wat MIND MAP Pasal IKAN PEKASAM NI.. jgn kaco wokeyy..
    tp kene AFUNDI UDA

     
  2. profnotetree on December 29, 2009 at 2:49 AM

    ni komen ke iklan

     
  3. Dak Wan® on December 29, 2009 at 5:49 AM

    Maaflah ye. Teman hanya utarakan pendapat teman.

    1. Bas tu sendiri stabil utk highway, klu bas lain? Semua dah mati! Sebab yg selamat semua kat tingkat atas.

    2. Divider? Divider tu dibuat keras utk menghalang bas tu masuk gaung@semua mati.

    3. Pit Stop@tukar pemandu.
    Tak dapat nak buat apa, melainkan naikkan harga tiket bas. Sekarang 50-70% jualan tiket untuk cover gaji dan maintanance bas. Tapi pengguna sanggup ke bayar lebih?

    Driver bas basic around 2k. Kalau nak lebih depa kejar trip. So the best way? Limitkan trip per driver.

     
  4. profnotetree on December 29, 2009 at 7:10 AM

    Hormati pandanagn saudara wan.. setiap org ad pendpat berbeza.. dan if kita duduk dlm satu forum untuk brain storming sesuatu maslh dapt diselesaikan... betul x..

    disini ad penjelasn dari saya terhadap apa yang di keutarakn oleh saudara wan..

    1, Bas dua tingkat.. hanya sesuai digunakan di dalam bandar sahaja.. hukum fizik.. keadan muka bumi dan iklim khatulistiwa di malaysia tidak sesuai untuk bas ini dijadikn bas express.. semakin tinggi sesebuah benda itu semakin kurang kestabilnya.. plus dengan keadan jalan raya yang berbukit2 seperi highway karak.. bas ini hanya sesuai digunakn di bandar seperti KL

    2,.. Divider sekeras manapun dibuat mesti boleh terlepas ke gaung.. hukum fizik juga.. benda lembut fungsi sebagai absorber seperti airbag... dan ianya boleh mengurangkan impact dan momentem sesebuah pelanggaran.. contohnya di negara barat menggunakn sistem air sebagai divider untuk menyerap hentakan..

    3.. pitstop yang dimaksudkan bukn seperti pit stop F1.. dimana tidak memerlukn maintenance bas tersebut.. yang di maksudkn adlah hentian untuk menukr pemandu.. so.. jarak pemanduan seseorang pemandu itu dikurngkn.. dan inya tidak menambahkan kos.. maintanance.. cuma kos operasi sahaja yang ditambah.. for me... safety first... money no 2...

    gaji... 2ribu tidak mencukupi untuk ekonomi sekarg.. and dats y.. saya cadng buat pitstop.. untuk mengurangkn trip.. dan jangka masa pemanduan seseorang pemandu...

    Apapun.. terima kasih kepada saudr wan.. atas pandanagn peribadinya.. yang buruk datgnya dari saya dan yang baik dtagnya dri tuhan... :)

     
  5. anakmuaallaf on December 29, 2009 at 8:34 AM

    setuju dengan pendapat prof.Nak saya jelaskan hukum azali pula.Prof dah bagi hukum fizik.
    Kenapa Allah jadikan badan kita, tulang di baluti dengan isi dan isi dilitupi kulit?Kenapa tidak Allah letakkan tulang di luar dan isi serta kulit didalam?Sebab itu divider jangan dibuat dengan benda yang keras.Tak boleh absorb henyakkan.
    Bas 2 tingkat pula dari pengalaman pengembaraan saya "double decker" ini digunakan sebagai public transport didalam bandar sahaja.Hadlajunya terhad.Di Malaysia dijadikan bas express.Hukum fizik jelas benda yang tinggi tidak balance.Apatah lagi bila dipandu laju.

     
  6. zella y on December 29, 2009 at 8:39 AM

    kurangkan limit perjalanan utk driver... n jgn asyik tukar2 shif keje... kejap keje siang kejap keje malam.. kepala pun ting tong. =p

     
  7. profnotetree on December 29, 2009 at 8:55 AM

    terima kasih atas semua komen u all... pada sesiapa yang nak komen tu jagn malu jagn segan... berikan pendapat anda.. ya..!!

    Semua komen diterima dgn hati yang erbuka dan ikhlas..

     
  8. i.z.m.a on December 29, 2009 at 11:49 AM

    Naik bas ekspress 2 minggu sudah ke Kedah. Masa balik tu ambik bas sebelah petang. Masa menurun bukit yang sebelum tol ipoh tu, punya la laju driver tu bawak. Nak lelap mata pun tak berani. Gerun sangat rasanya. Sampai ke KL pun tak dapat tido.. Takut!!

     
  9. profnotetree on December 29, 2009 at 11:53 AM

    tu lah prof kate..
    kejar trip dan sistem perjalanan tu yang buat driver rushing giler2..

     
  10. nyetok on December 29, 2009 at 12:24 PM

    Perjalanan ke pantai timur biasanya pemandu bas akan rehat di hentian utk skurang2nya 30 minit.

    Trip mlm memang bahaya berbanding ngn trip siang

     
  11. profnotetree on December 29, 2009 at 12:28 PM

    ya betul.. 30minit itu belom mencukupi untuk seorang pemandu bas itu rehat.. malah if kita dah start rehat.. kita akan rasa lebih mengantuk..

     
  12. profnotetree on December 29, 2009 at 12:28 PM

    ya betul.. 30minit itu belom mencukupi untuk seorang pemandu bas itu rehat.. malah if kita dah start rehat.. kita akan rasa lebih mengantuk..

     
  13. Unknown on December 29, 2009 at 2:59 PM

    adil dan aman :)

     
  14. PEJUANG KESENIAN EXTREME on December 29, 2009 at 5:41 PM

    kepada supirman tu,
    bajet2 la nak kejar duit..
    kang ramai yang mati ni sape susah..

     
  15. profnotetree on December 29, 2009 at 7:08 PM

    tentu semua susah...menteri susah...pengusaha bas susah...penumpang susah..prof pun susah nak memikirkan method penyelesaian masalah

     
Bookmark and Share

Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License