7 wasiat raja-raja melayu jangan amek tak endah

by profnotetree | 8:21 PM in |

Share






Mungkin ramai yang sudah lupa pada sejarah lama...terutama golongan belia yang lebih senang aku kenali dengan generasi X....aku cuma ingin bawa ke zaman yang lampau tatkala kita masih belum lahir ke dunia...aku membawa anda semua ke zaman silam di mana sebelum kita mencapai kemerdekaan...ingin aku kembalikan ingatan anda semua pada sau wasiat yang menjadi penanda pada kedudukan Raja-Raja melayu sekaligus orang melayu....

Pernahkah anda dengar tentang wasiat dari Raja-Raja melayu...pasti ada yang terkial-kial mahupun tertanya-tanya tentang perkara itu...wasiat adalah satu perkara penting dan pada tarikh 5 Ogos 1957 sebelum raja-raja melayu menurunkan tandatangan pada perlembagaan persekutuan tanah melayu, 7 wasiat dari Raja-Raja melayu telah di keluarkan iaitu...



  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung   PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

wasiat-wasiat yang di keluarkan oleh Raja-Raja melayu ini bukanlah dibuat tanpa sebarang maksud aau kepentingan...renungkan 7 wasiat ini dan fahami satu persatu maksud yang tersirat mahupun tersurat...

mana perginya kedaulatan Raja-Raja melayu jika ada pihak yang sering menpertikaikan kedaulatan baginda...lupakah kita bahawa kita seharusnya berpegang pada kedaulatan Raja-Raja di negara kita...aku kecewa masih ada pihak yang ingin mempertikaikan kewujudan ISLAM sebagai agama rasmi persekutuan..aku sedih melihat bahasa melayu dicampak ketepi umpama radio yang sudah rosak...

kita agungkan anjing penjajah dek kerana kita lupa sejarah...kita khianati wasiat bangsa dek kerana kita buta dan pekak dengan apa yang berlaku di sekeliling kita...mahasiswa golongan yang sering di persalahkan..adakah mahasiswa kini menjadi kambing hitam pada sikap buta si pemerintah...kempimpinan melalui teladan itu yang kami paham..jika buruk teladan yang kami nampak..maka acuannya membentuk kami begitu...

aku sedih pada diriku...namun aku tak mengalah...aku mencari khilafku..aku mencari maklumatku...aku tak mahu dilabel mahasiswa yang tak pandai menafsir maklumat...aku hauskan ilmu...namun kerana halangan dari pihak yang mengelar mereka tahu segalanya merosakkan segala yang sudah rosak..dan akhirnya tidak mampu diperbetulkan lagi..

pada yang mengerti..pada yang memahami..pada yang merasai apa yang aku alami..namun suara anda tersekat pada si agung yang mengwal segalanya...gunakanlah saluran yanng kami gunakan...pada yang senang di atas..anda adalah acuan yang membentuk kami..setelah di bentuk adkah keburukan itu pada kami yang persalahkn???

berbalik pada 7 wasiat Raja-Raja melayu..aku mahu korang kaji dan lihat kembali..apa yang sering bermain dalam fikiran aku..apa yang dah jadi kini..adakah kita dah melanggar wasiat atau wasiat di pegang pada si penderhaka..renungkanlah sahabat....salam dari aku yang mencari prof sejati...

pandangan kudus dariku...sir_musolini



5 comments:

  1. intan.maisarah on December 21, 2009 at 10:05 PM

    byk tersirat dalam nasihat itu. cuma tak ramai anak anak melayu ambil peduli

     
  2. profnotetree on December 22, 2009 at 2:08 AM

    tahu takpe....kerana aku ingin semua orang sedar apa yang aku dah sedari

     
  3. sazali yusof on December 22, 2009 at 2:46 AM

    budak-budak skarang ni tau enjoy je tapi x pnah pkir pasl bangsa dan negara sendiri...

     
  4. heatzik on January 6, 2010 at 2:16 AM

    DAULAT TUANKU!!!

     
  5. profnotetree on January 6, 2010 at 2:40 AM

    yeah.. daulat tuanku.. bagus.. orang2 mcm heatzik nilah yang diperlukan...

     
Bookmark and Share

Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License