Bercintakah kamu?mari baca post aku!!!
Pada entry kali ini aku sengaja ingin mengupas isu ni...aku dah naik muak dengan berita pembuangan bayi..setiap hari aku disogok dengan berita sebegini..persoalannya MENGAPA?? mengapa enrty ini aku tujukan pada golongan yang sedang hangat bercinta..jawapannya mudah..kerana mereka salah satu penyumbang terbesar bagi kes pembuangan bayi di negara kita..kerana kehangatan cinta dan ketololan dan percintaan, mereka hanyut hingga mengenepikan agama yang mereka anuti sejak lahir...
Statistik pada tahun 2008 oleh Jabatan Kebajikan Malaysia, kes pembuangan bayi pada 2008 adalah 70 kes dan hampir 80% adalah dari orang melayu...bukan aku yang kira..tapi JKM yang kira...kekecewaan melanda diriku kerana majoriti kes ini dikuasai oleh orang melayu..yang paling penting beragama islam...di mana silapnya? dimana puncanya? adakah didikan agama masih belum kuat? adakah ibu bapa tak pandai jaga anak? atau silap pada pendidikan di sekolah? ataupun pengaruh media massa?..segalanya menjadi persoalan pada isu ini..ini belum di tambah dengan pengaruh rakan sebaya...aku ada terbaca satu artikel di dalam sebuah majalah...ia menrencanakan isu hangat dan yang menhangatkan lagi adalah apabila kajian di buat di sebuah sekolah di Ibu Kota, terdapat sekumpulan manusia yang bergelar pelajar mengaku bahawa hubungan seks pada usianya adalah satu perkara biasa..dan sekumpulan pelajar di situ bersetuju dengan apa yang dikatakan pelajar itu...
inikah hasil hobi orang zaman sekrang?
Adakah seks sudah menjadi hobi remaja zaman sekarang?...adakah apabila kita maju..kita sebenarnya mundur kembali ke zaman jahiliah...aku bertanya sekali lagi..di mana silapnya? hendak dikatakan kurang didikan agama, tetapi dalam pandangan kaca mataku, terdapat juga orang yang ada pendidikan agama yang tinggi namun masih terjebak di dalam isu ini..si bapak bergelar haji...mak bergelar hajah..si abang seorang tahfiz namun si adik di gelar penzina...kerana melahirkan anak luar nikah..peliknya ia berlaku bagai di kalangan orang melayu dan seklai lagi persoalan bermain pada benak pemikiranku....kaum lain tak buat seks ke? atau mereka lebih bijak dengan mengunakan komdom selaku pelindung?
inikah rupa si penghuni syurga?renungkan..
aku bertambah sedih dan aku marah pada si pelaku bintang ini...bayi yang lahir tanpa sempat melihat dunia di buang di kawan pembuangn sampah, di dalam semak dan lonkang...hilang sudahkah akal dek kerana hasil henjutan nafsu si tolol ini...bertambah sedih apabila bayi ini di jumpai..namun telah selamat menjadi makanan si anjing dah reput tanpa dapat di kenali jantinanya..bayi yang lahir umpama lukisan putih yang perlu di corak namun hidup mereka hanya penuh dengan bau longkang dan semak..bau sampah dan darah..belum sempat melihat dunia...mati tanpa mengenal ibu dan bapa..hidup tanpa sempat membuat jasa..
kenapakah ini berlaku?
bagi sang arjuna...anda sememangnya gagah menhenjut..namun buatlah satu henjutan yang halal...berfikiran seperti seorang yang waras bukan menjadi tolol kerana nafsu...bagi sang dara..mahkotamu adalah hartamu..jagalah ia seperti mana kau menjaga dirimu...aku mencoret nurkilan ini bagi ingatan semua dan diriku sendiri..bercinta biarlah berpada pada....ingat agama...jangan malukan bangsa dan keluarga...tamadun bermula dengan meneroka minda, pada insan yang terasa dan pada pembaca yang sudi membaca..ayuh..duduk sebentar dan renungkan apa yang aku rencanakan.....
adakah ini satu gambaran kelahiran baru
aku hanya mencari cinta sejati, sejati yang suci lagi murni...semoga rencanakan ku ini menhenjut paradigmaku agar berfikiran lebih bertamadun..salam perpaduan..salam keinsafan...pada semua yang bergelar MALAYSIAN...
coretan ikhlas dari sir_musolini