Salam seantero malaysia..
entry kali ini gua nak cerita pasal satu berita panas... ini adalah cerita pasal gambar kat atas tu yang dah sangat sinonim dengan kita semua. Friendster, salah satu social network yang boleh dikatakan agak popular dikalangan pengguna internet selepas Facebook atau myspace, friendster telah dibaggunkan pada awal 2002 dan antara social network yang pertama sebelum wujudnya faceebook dan myspace.
setiap orang mesti ada account friendster kan?? tipulah kalau takda..
setiap pengguna internet di Malaysia mostly mempunyai account friendster, ceritanya macamni... sebelum ini gua dengar ada syarikat di asia yang mahu membeli rangkaian internet friendster.. tetapi tidak diketahuil pulaklah ianya bakal dibeli oleh syarikat yang berasal dari Malaysia..
Malaysia's MOL access portal Bhd (MOL) adalah salah satu syarikat milik tempatan dimana ianya adalah syarikat dibawah naungan berjaya berhad yang dimiliki oleh Vincent Tan.. huh kaya betul orang tua nih, vincent tan adalah antara top 10 ranking yang terkaya di Malaysia.. beliau telah memmiliki beberapa Aset besar seperti Berjaya Time Square, 7eleven dan syarikat perjudiian di Malaysia. Vincent tan telah disahkan membeli semua kepentinggn freindster yang selama ini menjadi teka-teki oleh semua orang iaitu siapa gerangan yang bakal membelinya..
MOL dikatakan telah mengambil alih 100% peganggan saham friendster yang selama ini dimiliki oleh sebuah syarikat milik US.. dimana sebelum ini nilai saham friendster yang di value adalah US$210 juta, peggambilalihan frienster dikatakan menelan kos sebanyak US$110 juta kurang 100 juta dari harga asal, wah banyak tu..
Bagi gua tidak hairan lah.. MOL sanggup membeli frienster dengan amount harga yang begitu besar.. kerana, boleh dikatakan 90% pengguna frienster adalah datangnya dari penduduk di asia khususnya Malysia, Indonesia, Singapore dan seanteronya .. didalam business high risk high return, low risk low return. So.. kira berbaloi juga lah MOL beli friendster ni... kira bangga jugalah malaysia mampu membeli syariakat besar dari US dengan 100% kepentingganya..
Tapi.. mampukah MOL mempertahankan friendster yang semakin hari semakin kurang diminati oleh pengguna internet..?? semenjak wujudnya facebook.. pengguna sudah mula melupakan friendster kerana applikasi yang ada didalam facebook jauh lebih menarik dari social networking yang lain....
Apapun... gua harap MOL mampu menjadikan friendster lebih menarik dan mampu bersaing dengan facebook yang dimiliki 100% oleh yahudi dan semakin dekat dihati pengguna internet dimalaysia..
lagi satu kalau u all perasan friendster dah bertukar wajah dari biru ke hijau dan lambangnya juga sudah bertukar wajah, mungkin ini adalah first step yang dilakukan oleh MOL untuk munggubah konsep friendster agar jadi lebih menarik dan fresh...
lastly gua nak ucapkan tahniah buat Malaysia... tahniah buat MOL kerana berjaya melangkah satu tapak lagi kehadapan dan teruskan usaha untuk jadikan malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang IT...