Benarkah melayu itu layu!! Part 1

by profnotetree | 1:51 AM in |

Share


 Alif Ba Ta..........

Benarkah melayu itu layu??  benarkah bangsaku layu?? benarkah aku layu?? kenapa aku dikatakan layu?..persoalan demi persoalan berlegar dalam akalku..segalnya berkaitan..segalanya mengenai bangsaku iaitu MELAYU....

Memang layu disebut laju menjadi MELAYU...adakah implikasi perkataan itu menghentak paradigma orang yang menyebutnya. kata orang..kata-kata itu satu doa..jika mulut asyik berkata melayu layu..semangnya kata itu di makbulkan..persepsi itu terus kekal kerana orang melayu sendiri berhujah tentang kelayuan orang melayu secara terbuka...

entry pada kali ini bukan ingin menunjukkan yang kami ingin menimbulkan isu yang RACIST..akan tetapi kami telah muak mendengar bangsa-bangsa lain dan bangsaku sendiri membentak dan mengatakan MELAYU ITU LAYU. MENGAPA??

Baiklah seterusnya saya akan membawa anda untuk menyingkap kembali buku sejarah yang kurang orang ambil peduli. Dahulu tanah melayu dijajah oleh british dan kerajaan british telah mengamalkan satu dasar iaitu dasar pecah dan perintah..

Dalam dasar pecah dan perintah ini, british telah meletakkan kaum cina sebagai pelombong, kaum india sebagai peladang estate dan melayu hanya duduk di pinggir bandar sebagai petani sara diri...

Implikasinya telah menyebabkan orang melayu tidak mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi di tanah air mereka sendiri, ini menyebabkan orang melayu dilebel sebagai kaum yang malas. bagi pandangan saya orang melayu tidak malas, akan tetapi peluang dan kesan dasar pecah perintah itu telah merampas apa yang sepatutnya menjadi hak kita..

Contohnya, pada senario masa kini dilihat kaum pendatang seperti bangla,nepal, myanmar dan sebagainya bekerja di malaysia dan ada diantara mereka membuka perniagaan dan menjadi bos disini. saya ingin bertanya kepada anda semua adakah anda semua sanggup bekerja dan menjadi kuli kepada kaum pendatang ini di tanah air anda sendiri.. adakah itu menunjukkan bahawa kita malas dan tidak mahu bekerja..

Orang melayu kuat dengan nilai integriti yang tinggi dan tidak mahu kepala meraka dipijak-pijak oleh kaum pendatang yang ingin menjadi tuan di tanah melayu. nilai maruah yang tinggi telah menyebabkan orang melayu pada zaman british dahulu tidak inggin bekerjasama untuk bekerja dan menjadi kuli kepada kaum mageran yang diberi kuasa ole british..

Sebagai panduan kami bawa kisah bangla tadi di zaman brtitish dan kita akan dapati senario yang sama akan berlaku pada era penjajahan british. Oleh kerana kesan dasar pecah dan perintah british inilah yang menyebabkan melayu pada zaman itu enggan bekerja dengan kaum mageran dan telah dilebelkan sebagai pemalas tanpa usul periksa dan kajian yang betul...

Aku hidup didalam bangsaku yang bernama melayu dan aku bangga menjadi melayu, pada melayu kini yang heboh serta lantang mengatakan bangsamu sendiri layu mungkin tidak sedar... kau adalah MELAYU!! betul kata pemimpin melayu mudah lupa, bukan lupa pada bangsanya sahaja namun tidak mengerti sejarah lama...

Buka mata mata korek telingga dan jangan pandai berkata-kata.. tanpa meletakkan dirimu dekat pada sejarah bangsamu.. dan jangan biarkan kemerdekaan ini sia-sia sahaja...
nantikan part 2 entry ini... kerana cerita tentang bangsa tidak akan berakhir disini..
bak kata si laksamana tidak melayu hilang didunia dan jangan biar kewujudan tidak dirasa..

Salam perpaduan salam seantero Malaysia!!!




0 comments:

Bookmark and Share

Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License