Etika ketika merokok..!!!

by sazali yusof | 4:17 AM in |

Share


 
Ohh...no.... 
sesak dada aku kena asap...


Salam seantero malaysia... dan salam tahun baru kepada pembaca setia blog ini... Entry kali ini adalah entry sulung dan entry pembuka tirai2010 buat kami... diharap semua pembaca-pembaca kami terhibur dengan semua isu-isu yang kami keutarakan...


Rokok oh rokok... hurm.. dah macm-macam kerajaan buat untuk mencegah dan beri amaran kepada perokok.. harga bagi naik lah.. letak gambar penyakit di kotak lah.. dan bermacam-macam kempen lagi.. tetapi hakikatnya.. perokok tetap perokok... tidak boleh dipisahkan bagai...kekasih yang sedang hangat bercinta... 

Kali ini kami bukan ingain membuat kempen anti merokok dan sebaginya.. perokok kalau diberi apa nasihat banyak-banyak pun hasilnya tetap sama.. oleh itu post kali ini adalah ingin menekankan etika-etika yang penting kepada perokok supaya orang sekeliling tidak teresa annoying dengan mereka...




Jangan merokok depan baby dan kanak-kanak..!!


Ini adalah amaran penting buat semua perokok.. anda sepatutnya tidak dibenarkan merokok di tempat yang ramai kanak-kanak dan terutama sekali baby yang masih kecil...

Anda sendiri tahu bahawa sebatang rokok itu mengandungi nikotin, tar dan lebih 4000 bahan kimia yang merbahaya.. Tidak kasihankah anda kepada baby yang masih kecil itu.. baru sahaja lahir kedunia dah kena sedut bahan-bahan kimia hasil asap yang dikeluarkan oleh perokok..


Selain itu merokok di hadapan kanak-kanak juga boleh mendorong mereka untuk mengikut jejak langakah anda..?? kalau dah dari kecil lagi dah kenal rokok dah besar apatah lagi kan..  mengikut survey yang telah dilakukan.. ramai kanak-kanak sekolah rendah sudah pandai mengambil rokok.. dan seawal umur 10 tahun dah pandai merokok..

Silapnya dimana..?? silapnya adalah berpunca dari perokok-perokok dewasa yang tidak paham bahasa. nak merokok pun janganlah dihadapan kanak-kanak.. sifat ingin tahu mereka tinggi.. dan mereka sering ingin mencuba apa yang orang dewasa lakukan..



jangan merokok ditempat sesak..!! 
 

merokok di tempat-tempat awam yang sesak juga adalah salah satu tingkah laku yang sepatutnya dielakkan.. contohnya.. pasar malam, station bas dan sebagainya...

Tahukah anda orang disekeliling anda yang tidak merokok akan rmerasa amat benci dan terganggu oleh kerana asap rokok yang menyesak kan dada mereka.. kalau boleh mereka rasa macam nak tegur je... tetapi untuk mengelakkan pergaduhan... lebih baik mereka berdiam diri sahaja...

Kepada perokok yang mempunyai attitude sebegini.. cuba elakkan merokok ditempat yang ramai orang.. kalau dah sangap sekalipun.. carilah tempat yang tidak menganggu orang lain untuk melepasakan rasa sangap anda tu..


Jangan buat sepah...!!

    
 

Ini adalah salah satu perkara yang paling tidak beretika kepada sesetengah perokok dan dibenci juga oleh perokok-perokok lain..

buang puntung rokok dan abu rokok merata-rata.. pernahkah anda rasa tertekan terhadap rakan-rakan anda yang berpelakuan begini..?? lagi-lagi apabila berada di kedai makan.. ada perokok yang boleh dikategori sebagai benak, tolol dan sebagainya...

Golongan ini boleh dilebel sebagai tak paham bahasa.. kedai dah sediakan bekas abu rokok, tetapi mereka tetap membuang abu dan puntung rokok yang dihisap di atas lantai.. dan yang paling tak paham bahasa buang didalam pinggan makanan dan dalam gelas kosong..

Tidak kesian ke pada pekerja yang  membersihkan lantai tu... mereka mesti menyumpah anda.. dah disediakan bekas rokok pun masih nak tunjukkan sifat biadap anda tu.. mungkin anda rasa benda tu biasa. tetapi bagi orang lain.. perlakuan itu sangat menjelikkan.. lainlah kedai makan tu tak menyediakan bekas rokok.. tetapi anda boleh buang kat tempat lagi baik kan.. seperti kotak kosong.. dan sebgainya yang tidak menyakitkan hati orang lain..



Jangan hembus asap pada orang...!!



saya juga seoarang perokok.. tetapi saya amat benci pada orang yang hisap rokok lepastu hembus kat orang lain... merokok juga ada etika.. jangan sampai asap rokok anda berkepol-kepol kat table makan tu.. dah macam asap bomb nuklear kat hiroshima tu rasa macam nak lempang pun ada..

Kepada perokok yang berkelakuan sebegini.. buat-buat lah berubah.. orang lain rasa semak dengan asap dari mulut kamu tu.. kalau orang lain nak asap rokok tu.. mereka akan hisap sendiri.. tak perlu kamu bagi asap dari mulut kamu bagi berkepul-kepul lepastu orang lain dok isap asap yang dah masuk kedalam kerongkong yang tah ada virus tah..

Kepada perokok yang begini.. hembuslah asap rokok tu kat bawah meja ke.. kat tempat takda orang ke.. atau hembus sikit-sikit.. jangan sampai satu kedai sebu disebabkan perbuatan anda... Orang tak suka..!!!


Hurm.. ini sahaja yang dapat dikongsikan untuk kali ini.. maaf jika ada yang terasa hati.. saya hanya ingin mengigatkan anda.. mungkin ada perbuatan buruk yang kita buat kita tidak sedari... yang orang lain tidak suka.. jangan oleh kerana anda seorang perokok-perokok lain pun kena maki..

Apapun... jauhi diri anda semua terhadap rokok... merokok merbahayakan kesihatan dan juga satu pembaziran.. nasihat ini saya tujukan juga pada diri saya sendiri..  salam seantero malaysia.. hindari diri anda dari penyakit merbahaya... Peace....








16 comments:

  1. Anonymous on January 3, 2010 at 4:49 AM

    betul-betul , klu dah ketagih merokok memang susah nak berhenti tapi kenala beretika. Ahh menci ! menci !

     
  2. sazali yusof on January 3, 2010 at 4:53 AM

    hurm.. bagus2.. tK.. nak wat mcm mana dah memg merokok.. tapi kena r hormat kat orang lain gak kan..

     
  3. Unknown on January 3, 2010 at 5:35 AM

    jadi perokok memang susah..menyesal hisap rokok..klulah tak start dulu..takde lahh menyangap tak sudah nk berasap selalu..hurmm..tu lahh,memang selalu kena fikir juga pasal org..klu ada org ckp perokok ni selfish,ya,saya setuju..walaupun saya salah sorang..hurm..azam tahun baru..berhenti merokok.thats it.

     
  4. PEJUANG KESENIAN EXTREME on January 3, 2010 at 5:40 AM

    Tapi klu nak senang.,x payah merokok..x payah juga nak hafal etika..

     
  5. profnotetree on January 3, 2010 at 6:03 AM

    wawawa... nak isap salah x isap kang sangap.. huh..

     
  6. Sharinginfoz on January 3, 2010 at 8:12 AM

    he he he merokok pun ada etika... jom clik2..

    Beg Plastik 20 sen

    Buat Salah OK ke???

     
  7. jan.naimah on January 3, 2010 at 10:06 AM

    huhuhu.sudah2 la prokok tegar sekalian

     
  8. profnotetree on January 3, 2010 at 3:08 PM

    hurm... sesapa yang berazam nak stop smoking tu.. hopefully... tertunai la ekh..

     
  9. rizputra7 on January 3, 2010 at 3:32 PM

    harga rokok dah naik..harap2 dapat kurang ler merokok

     
  10. profnotetree on January 3, 2010 at 10:25 PM

    saya selaku perokok tegar..akan cuba menegarkan diri untuk menjauhi rokok..herm..azam yang tak pernah dapat
    ...

     
  11. DauS on January 4, 2010 at 9:01 PM

    wah. bagus ade panduan ni. akan aku follow. haha

     
  12. profnotetree on January 4, 2010 at 9:15 PM

    haha.. tq daus..

     
  13. miss noorul on January 7, 2010 at 2:54 PM

    wow! jumpa geng anti-merokok di sini! ^_^

     
  14. profnotetree on January 7, 2010 at 6:54 PM

    heheh.. tq miss noorul.. amaran dari kerajaan malaysia.. merokok merbahayakan kesihatan..!!

     
  15. y on January 16, 2010 at 8:25 PM

    Aku Perokok Beretika! Hahahaha! Aku sokong entri ni walaupun aku seorang perokok! Aku benci tengok orang selambe je pegang baby then smoking. How damn stupid! Driver bus smoking dlm bus! Damn it! Tak beretika langsung! Spesis-spesis nilah yang buat perokok tegar seperti aku dicaci :P

    Kerna aku hanya seorang perokok

     
  16. profnotetree on January 16, 2010 at 8:42 PM

    yup.. betul2.... kengkadang orang merokok sebb reason tersendiri.. then x kacau org lain pon.. tapi sebb perokok yang x paham bahasa nilah menyebbkn org lin pandang serong pada perokok.. kan.kan.kan...

     
Bookmark and Share

Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License