Thank you my chenta...!!
Salam seantero malaysia.. hurm post kali ini ditulis adalah berpunca dari seorang member saya yang memerlukan advice kerana sudah pening untuk memilih hadiah hari jadi boyfriend nya yang hampir tiba.. anda semua pernah tak mengalami kesukaran yang sama..??
Oleh kerana masalah-masalah macam ini.. maka tercetus lah idea untuk saya berkongsi idea dengan anda semua.. terutamanya kepada kaum hawa yang mempunyai masalah untuk memilih hadiah yang terbaik untuk kekasih hati mu... hohoho.. di bawah ini terdapat antara 5 jenis benda yang boleh dikatakan terbaik untuk diberikan kepada sang arjunamu yang tercinta...
Wallet atau dompet... benda inilah antara benda yang common dan terbaik untuk diberikan kepada lelaki atau boyfriend anda.. Dompet yang biasanya tidaklah mahal dan tidaklah murah sangat.. tapi boleh la.. adalah dari jenama Polo atau camel active..
Kenapa dompet..?? kerana dompet boleh mendorong teman lelaki anda untuk berjimat cermat.. dan benda-benda macam ni hari-hari mereka akan pegang dan bawa..
So.. mereka akan sentiasa mengigati kamu dan disamping itu bila si dia nak joli je.. si dia akan terkenangkan kamu maka akhirnya tidak jadilah mereka nak berjoli.. so boleh lah si dia simpan duit untuk cukupkan 20 ribu duit hantaran kawin kamu nanti kan.. lol..
Jam tangan.. hurm.. jam adalah antara benda kesukaan lelaki.. dan bila dipakai nampak bergaya dan macho lah katanya.. janggal bila lelaki tidak mengenakan jam di tangan mereka.. tetapi ada juga golongan yang tidak suka pakai jam nih.. so.. kepada wanita diluar sana yang mempunyai teman lelaki yang tidak suka memakai jam tangan.. ini adalah pilihan terbaik..
Mengapa jam tangan.. bukan jam loceng ke.. atau jam dinding..?? hurmm ini kerana bila si dia memakai jam yang diberi oleh kamu.. so takdalah reason lepasni untuk sidia lambat masa nak date dengan kamu nanti.. and jam juga adalah barang yang melekat kat tangan mereka.. so.. setiap kali melihat waktu di tangan sidia akan terkenang akan kamu..
contohnya.. bila sampai time lunch our si dia akan melihat jam.. dan secara tidak langsung si dia akan teringat akan teman wanita tercintanya lalu tefikir untuk mengajak kamu lunch bersama-sama...
Pen atau pena .. pen juga adalah salah satu benda yang unik untuk dijadikan hadiah untuk teman lelaki anda.. walupun zaman modern sekarang orang jarang menggunakan pen.. tetapi ianya tetap penting..
Mengapa pen..?? bila anda menghadiahkan si dia pen.. secara tidak langsung teman lelaki anda akan bersemangat untuk belajar atau bmemuat kerja mereka.. ini kerana pen itu adalah hadiah pemberian orang yang tersayang.. so.. mereka bersemangat lah nak menulis.. hohoho..
Hurm lagi satu.. rahsia lelaki mengenai pen.. anda perasan tak.. kaum lelaki suka sangkut pen mereka di kolar baju..?? ini adalah antara sifat pelik dan unik lelaki terhadap pen.. maka bila pen itu disangkut di baju pen tersebut akan terletak dekat dengan dada mereka.. so.. pen itu akan sentiasa dekat dihati si dia.. pen yang sesuai diberikan adalah jenama Parker..
Neck tie atau tali leher.. tie juga adalah benda yang sesuai dan bermakna untuk dijadikan hadiah.. ini kerana tali leher sangat berguna untuk lelaki-lelaki yang berkejaya dan berkeliber contohnya student dan kerja pejabat..
Kaum lelaki memang gedik sikit. ketika bersama orang yang tersayang.. contohnya.. mereka akan mengada-ngada buat tak reti pakai tie.. so.. anda bayangkan anda sendiri yang memakaikan tali leher untuk si dia.. hehe.. romantic bukan.. tetapi... jangan lebih-lebih.. ini adalah untuk yang dah kahwinn je.. yang belum kahwin berdosa tau pegang-pegang.. hehehe...
Mengapa tie..?? hurm.. tie dah jadi benda penting dalam hidup lelaki.. cuba bayangkan si dia memakai tie yang diberi oleh kamu untuk menghadiri temu duga.. mesti bersemangat punya lah.. so.. kurang lah sikit rasa gemuruh si dia nanti..
Sun-glass.. hurm benda ni dah kira jadi fashion bagi kaum lelaki..so cermin mata hitam juga adalah antara item-item yang bagus dijadikan hadiah untuk teman lelaki anda...
Ada kebaikanya juga bila anda menghadiahkan boyfriend anda benda nih... kerana.. cermin mata dipakai di mata.. so.. jika si dia memakai sun glass yang anda bagi semasa anda berdating maka mata si dia akan sentiasa di hati anda.. dan kebaikannya juga. adalah tidaklah mata teman lelaki anda memlilau melihat awek lain.. hohoho.. gurau siket..
Cermin mata yang sering menjadi pilihan adalah jenama Ray Ban.. jenama ini adalah antara jenama wajib yang menjadi pilihan kaum lelaki..
Okaylah... Item-item diatas adalah antara pandangan peribadi saya sahaja.. jika anda semua ada cadangan lain bolehlah berkongsi di ruangan komen ye.. jadi kita semua boleh berkongsi maklumat dan pendapat.. jadi selepas ini tidak adalah orang yang pening-penig memilih hadiah disaat birthday orang yang tersayang...
Hoho.. kat sini ada benda nak cakap.. kepada sesiapa yang bermurah hati nak bagi hadiah di harijadi ku.. bagilah hadiah gitar karen dan laptop.. baru best.. huhu..gurau je.. kalau betulpun apa salahnye.. lol.. hurm.. okaylah.. salam seantero malaysia hindari diri dari sifat cemburu.. yeah...!!!