Salam seantero malaysia...
u all semua dah potong?? entry gua kali ini nak cerita sikit pasal promosi internet kat malaysia yang dah macam jual tiket bas... bukan apa.. u all mesti dah tengok iklan P1max yang potong wire itu kan...
Bagi gua iklan ni x beretika..
Gua belajar dalam jurusan property business, so gua tau siket-siket bab-bab marketing dan etika perniagaan... kali ini gua nak tunjuk kenapa gua cakap iklan yang ada sekarangni tidak mempunyai etika.
gambar di atas itu adalah ikalan promotion yang dilakukan oleh P1W1max.
kalau kita teliti iklan ini, ianya menunjukkan gambar seorang mamat yang pegang gunting sedang memotong wire, Kenapa gua cakap iklan ni takda etika?? kalaw dah kat malaysia.. syarikat yang pakai wire apa lagi kalau bukan steamiyx... sah-sahla.. diaorang ni sedang memburuk-burukkan streamyx...
Kalau dalam business... promotion macamni dikira tidak ada etika... kerana mereka menjalankan persaingan tidak sihat... kalau betul-betul product mereka bagus... xperlulah memburukkan product orang lain.. gua tidak menyebelahi atau dibayar oleh sesiapa pihak pun untuk menulis post ini..
tapi bagi gua.. streamyx lagi bagus.. walupun mereka memonopoly pasaran.. tetapi mereka tetap yang terbaik..
Untuk membalas apa yang dilakukan oleh p1Max, streamyx pun telah mempublish satu iklan yang agak terang-terang untuk counterattack serangan oleh P1Max..
u all tengok gambar bawahni..
steamyx boleh dikatakan otai dalam service internet di Malaysia, dan coverage mereka meluas.. so sudah tentu ada certain area yang menjadi lambat kerana penggunaan line mereka terlampau banyak...
bagi p1max pula, hampeh.. gua dan member gua guna di s.alam seminggu je laju... itu pun time trial.. lepastu takda line.. di kawasan lain apa lagi langsung takda coverage.. kalau KL tu gua xmau cerita la... pusat bandar...
Bagi gua entry gua kali ini bukan nak kondem mana-mana pihak... setiap orang ada pilihan dan citarasa masing-masing.. gua cuma tidak berapa minat dengan promotion yang tidak beretika macam ini yang boleh menghuruhara kan pasaran dan buat psikologi pada pengguna...
apa-apa pun jadilah pengguna bijak...
puaskan hati anda dengan memaximum prestasi anda dan prestasi internet di Malaysia..
salam peace malaysia!!