topic gua pada entry ini adalah ingin mengupas mengapa blog menjadi trend masa kini..
Sebelum munculnya trend berbloging, kebanyakan pengguna internet lebih cenderung kepada social network seperti Myspace, friendster, facebook dan sebagainya.Namun setelah munculnya blogspotdan wordpress.. trend bloging telahpun menjadi popular..
Pada asalnya, blog hanya digunakan oleh golongan-golongan journalist, ahli politik dan businessman untuk mengenengahkan pendapat, ideology, product dan sebagainya melalui alam maya, namun perubahan zaman telah menjadikan blog sebagai trend masa kini tanpa mengenal erti status. Oleh iu gua mahu berkongsi dengan u all sebab-sebab blog menjadi trend.
Menimbulkan isu sebagai berita atau media
Seperti gua dan rakan-rakan profnotetree , kami menulis blog adalah bertujuan untuk menyampaikan pendapat dan apa yang kami rasa perlu diketengahkan,
bagi kami menimbulkan isu adalah penting untuk memulihkan sesuatu permasaalahan.. oleh itu wujudlah blog ini. Blog ini wujud atas sebab hobi kami yang suka berbahas dan melakukan brain storming, bagi gua dari kami cerita kosong di kedai kopi lebih baik kami kongsi dengan u all semua.. dan dapat lah berkongsi ilmu..
Golongan seperti kami ini boleh dikatogori sebagai wartawan tidak bergaji atau suka-suka cari pasal buat isu untuk diperbahaskan.. erti kata lain wartawan.
Berbloging kerana Wang dan perniagaan
bloger jenis ini berbloging hanya untuk wang semata-mata, contohnya mereka menjalankan aktiviti affiliateprogram untuk menjana income mereka.dan bloger jenis ini dikatakan bijak mencari peluang untuk periuk nasi mereka. Ada juga yang menjadikan blog sebagai medium untuk menjalankan promotion untuk bussiness mereka, blog adalah percuma, sesiapa saja boleh membinanya, so untuk jimat kos blog boleh menjadi medium terbaik untuk melakukan marketing.
Mencari pengaruh dan untuk menjadi glamor
Selalunya bloger seperti ini terdiri daipada ahli-ahli politik dan artis.Mereka ini popular dan untuk menambahkan populariti mereka, mereka menggunakan blog untuk mencari pengaruh dan peminat.
Ramai tokoh-tokoh politik yang telah menggunakan blog sebagai medium untuk menyampaikan ideology mereka dan ternyata ianya amat berkesan, lihat sajalah mantan perdana menteri kita Tun Dr mahathir juga seorang bloger dan blog beliau amat popular di peringkat antarabangsa dengan nick name Chedet. selain itu tokoh seperti khir toyo juga mempunyai personal blog sendiri..
Melepaskan tekanan
Ada kajian dan fakta yang mengatakan bahawa dengan menulis blog seseorang itu dapat mengurangkan stress dan menyelesaikan masalah.
Tidak hairanlah blog menjadi trend masa kini.. dengan berbloging apa sahaja masalah yang terbuku di hati yang dipendam selama ini dapat diluahkan melalui blog.. golongan ini menjadikan blog personal mereka sebagai medium untuk menenangkan jiwa, tidak kesahlah kalau blog itu tidak mempunyai pen=mbaca sekalipun mereka tetap akan berasa puas.
Kesimpulannya, Walau apa sekalipun tujuan seseorang atau induvidu itu menulis blog ianaya haruslah mempunyai etika yang baik tanpa menulis perkara-perkara negatif dan isu yang boleh menyebabkan suasana huru-hara
so nasihat gua.. jadilah seorang bloger yang beretika dan berguna untuk masyarakat dan bangsa.. dan trend berbloging ini perlu dipupuk pada masyarakat untuk menambahkan ilmu dan skill yang berguna supaya remaja sekarang tidak terjebak dengan gejala social yang merosakkan. bagi gua, gua lebih suka berbloging daripada menjadi mat rempit.
Salam seantero malaysia... jumpa lagi di post akan datang, nantikan isu yang lebih menarik dari gua ya!! sayang u all semua adios!!
tq all... smua orang ada reason mereka tersendiri untuk menulis blog... dan kini ianya dah jadi trend terkini... dan telah menjadi hobi dan kerjaya sesetengah pihak.. so benda nih dah menjadi trend yang menarik untuk diikuti ^_^