Semakin jauh aku berjalan....

by profnotetree | 3:26 AM in | comments (3)

Share



 Keep walking..... don't STOP..!!! 

Salam seantero malaysia.. salam pada seluruh sahabat-sahabat dan follower kami.. alhamdulilah..segala puji bagi ALLAH kerana belum pun mencecah dua bulan kami sudah mempunyai hampir 200 follower dan terharu juga pada blogger-blogger yang dah lama tapi sudi menjadi follower kami...


Tajuk blog kali ini lebih kepada aspek peribadi...lebih menjurus pada pandangan lensa pancaindera mataku yang telah berkelip lebih dari 22 tahun...aku meniti satu masa kecil yang agak suram.. tiada cahaya kejayaan yang mendekati atau menerangi aku...namun jika kita hampir putus langkah kita berdoa pada yang maha mengetahui lagi maha menyanyangi....


perjalanan hidupku baru bermula sebenarnya..dan aku baru tahu..apa itu maksud khilaf dalam hidup...aku baru tahu bagaimana berjalan sebagai insan..bercakap seperti makhluk yang ada akal...segala masih baru dan aku akan berusaha mencorakkannya kepada keharmonian sejagat.. 



Aku berjalan dan terus berjalan mencari erti prof sejati..mencari ilmu untuk dikongsi...tatkala aku hampir lena aku di kejutkan dengan suatu suara....suara dari kotak usang yang mampu mengeluarkan bunyi (radio laa)...kotak itu tidak mendendang runut bunyi bingit..namun ia menyampaikan suatu yang aku ingin tahu...aku khayal mendengarnya..impulse dari telingaku menagkap setiap bait-bait kata dari kotak usang itu..


walking... hearing... and learn....!!




Mudah..apa bezanya antara manusia dengan tuhan.. tak perlulah kita mengambil perbezaan yang sudah tersirat kerana semua mengetahuinya..apa yang menarik aku adalah sesuatu yang luar dari penjelmaan cambahan akalku..manusia itu melakukan sesuatu semuanya mempunyai faedah...berbeza dengan tuhan yang tidak rugi atau untung dari apa yang dilakukan untuk manusia...


Biarpun dalam soal beribadat..manusia tetap dahagakan fedah-faedah untuk mereka dan insan yang berkait dengan hidup mereka..kenapa manusia beribadat? semestinya untuk mendapat keredhaan dari tuhan.. namun adakah tuhan akan mendapat apa-apa dari ibadat yang dilakukan manusia? tidak sama sekali..apa yang di maksudkan dengan perkataan MAHA bagi setiap sifat tuhan.

MAHA adalah perkataan agung yang sukar ditafsir tanpa penilaian iman yang kuat..manusia ada yang kaya..tapi adakah mereka MAHA KAYA?..jawapanya pasti tidak ...kerana..tuhan memberi rezeki dan adakah rezeki itu mendatangkan untung pada tuhan??


Jawapannya mudah..sudah tentu tidak sama sekali..adakah apabila tuhan memberi rezeki kepada manusia berlimpah ruah..harta tuhan akan habis atau berkurang..?? semestinya tidak..dan ia juga tidak bertambah...kerana itulah sifat tuhan yang sebenar..MAHA KAYA..namun ada segenlintir manusia yang memberi derma namun menuntut faedah...seperti pahala dari tuhan..semoga dimurahkan rezeki dari tuhan...segalanya ada faedah..tiada yang dilakukan manusia tanpa faedah..




Kotak usang itu terus merunutkan bunyi-bunyian kerohanian..aku terdiam dan berfikir..betapa kecilnya aku disisi tuhan..betapa aku hina disisi tuhan..aku mengejar sesuatu yang pasti tidak akan mengatasi tuhan..mengapa kita berlumba mencari harta dan untuk menjadi yang terkaya sedangkan kita tahu..ranking teratas itu tetap tuhan.,..mengapa kita tidak berkongsi harta yang diberikan ihsan dari tuhan..

Pada manusia seperti aku..yang memahami erti kehidupan..maka bangkit dari tidur dan renungkan bersama injukulasi  paradigma diri..bagi mengenang betapa kecilnya kita sebagai makhluk tuhan...entry aku pada kali ini amat ringkas dan padat.namun intipati yang aku cuba jelaskan adalah teras kepada konsep kami iaitu sharing and teaching...we are also learning..

Aku sedang belajar menjadi manusia sebenarnya.. walaupun aku dilahirkan sebagai manusia.. dan aku akan terus belajar.. untuk aku mengisafi diri ini..agar aku dapat melangkah lebih jauh untuk menjadi prof sejati.. Salam seantero malaysia...








We just one month..!!!

by profnotetree | 9:52 PM in | comments (7)

Share


From baby  to child...


Salama seantero malaysia kepada semua pembaca setia profnotetree....
tujuan post kali ini dibuat adalah untuk meraikan kelahiran laman blog profnotetree ini yang telah genap berumur satu bulan...

Alhamdulillah... pertama sekali kami dari pihak profnotetree ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca-pembaca kami yang telah mencecah lebih dari seribu dan terutama sekali kepada follower-follower kami yang telah memberi sokongan  yang bermakna kepada blog profnotetree ini...

Jika anda lihat post kami yang terawal The new born disitu telah membuktikan yang kami masih awal dalam dunia blog ini.. tetapi kami bersyukur kerana dalam tempoh masa sebulan kami telahpun mempunyai pembaca dan follower yang telah pun mencecah angka 100 orang... dan ini satu penghargaan buat kami..

Disini juga kami ingin memperkenalkan kepada anda semua.. iaitu.. blog profnotetree ini mempunyai dua orang penulis.. yang menggunakan nama pena sebagai Suntzu dan sir musolini ... Kami juga berjanji akan memperbaiki penulisan kami agar ianya menetapi kehendak anda semua.. ..

Untuk mengenali lebih lanjut tentang siapa sebenarnya profnotetree ikuti perkembangan kami di post-post akan datang.. kami juga berharap agar Profnotetree dapat menjadi salah satu blog yang menjadi pilihan pembaca-pembaca di seantero malaysia..

Dengan ini kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami selama ini.. dimana  mereka telah memberi sokongan kepada kami dari kami lahir dan kini sudah boleh merangkak.. dan diharap anda semua mengikuti perkembangan kami hingga kami menjadi satu icon suatu hari nanti.. Insyaallah....

Salam seantero malaysia... majulah dunia blog untuk negara..






Followers


ShoutMix chat widget
Creative Commons License